Saturday 11 July 2020

Mula menulis kembali

Menulis untuk esok

Mula sampai di bumi anbia ini pada 10 Februari 2019. Kini, 11 Julai 2020. Mama menyusun rentak menyelami kehidupan di sini. Cuma banyak coretan ada yang telah lupa, hilang ditelan zaman.

Pagi-pagian
3.42 amSeharusnya pagi-pagian, seusai subuh. Secangkir kopi mengubat perasaan stress. Kini sudah menjadi sebati. Seterusnya menyediakan sarapan dan memunggah baju kotor. Subuh musim panas di sini terlalu awal. Kalau di Malaysia, waktu subuh adalah dalam waktu semua sedang bersiap-siap ke sekolah atau ke tempat kerja. Biasanya, orang di sini sambung tidur semula.

Musim online kelas ni, waktu tidur anak-anak ke Laut Mati (Dead Sea). Memang hampeh. Waktu tidur anak-anak bermula pukul 3.00 am.

Things to do
1. Online courses

2. Writing paper

3. Portal PNU

4. Anak-anak
    - Quran
    - Mathematic & Science

11.55 am
Waktu Zohor di sini. Seusai solat, pastinya ke dapur untuk juadah tengah hari. Biasanya, kami makan tengah hari dalam pukul 1.30 pm. Setelah itu, berehat sebentar.


3.30 pm
Waktu Asar di sini. Biasanya petang-petang ni, mama cuba paksa anak-anak belajar. Kadang-kadang dalam hati mengorak rasa amarah. Nak suruh belajar bukan senang.

6.30 pm
Waktu Maghrib di sini. Mama pastikan setiap mereka baca Quran. Corak pembelajaran di International School amat berbeza dengan norma biasa di SRI Al-Amin. Kalau tak pantau anak-anak, mengaji pun boleh ke Laut Mati (Dead Sea)

8.20 pm
Waktu Isya di sini. Kami solat dan teruskan aktiviti samada belajar semula atau kalau mama penat, memang ini peluang mereka tengok tv.

#Mama telah mula bersara dari jawatan pada Januari 2020. Banyak ibrah yang dipelajari daripada anak-anak murid, rakan-rakan. Salam persaraan.

#Memulakan hidup baru di bumi anbia. Mohon doa. Banyak yang ingin dikongsikan.

Throwback

On the day of convocation 2000, USM



Nur Shaharina, Nurul Asra and Mama. Our graduation day.

We have chosen our own path.

On the day of convocation 2009, UPM

Seketul Fatimah binti Samer menjengah dunia. Gambar pun dah besar



On the day of convocation 2015, UKM


Eid, 2018

Eid, 2018




Eid, 2018 kami merayakannya tanpa Baba. Waktu ni, Baba pulang ke Jordan.
Pada tahun ini, Jadih kembali ke rahmatullah setelah beberapa hari Eid berlalu. Moga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

May 24, 2020

Eid Mubarak

May 24, 2020
Tahun ni menyaksikan dunia dalam tempoh kuarantin bila pandemik Covid-19 menyerang. Kami hanya beraya sekeluarga sahaja.

Subhanallah, banyak ibrah yang dipelajari dengan virus ni. Moga Allah angkatnya kembali. Mama tak dapat kumpul banyak gambar. Mana tah gambar 2008 sehinggalah 2019. Ada yang hilang sebab telefon rosak. Ada yang simpan dalam pen drive, kena virus.

Setakat ni, kita tak banyak gambar kenangan. Mungkin projek baru lepas ni.

Monday 10 July 2017

Jadoh, Jadih & Amti Hiyam ke Malaysia

Kali terakhir kami pulang ke Jordan adalah pada Disember 2011, waktu itu Kakak Fatoom berusia 2 tahun lebih dan Kakak Sarah berusia 1 tahun lebih. Kandungan Sayimaa ketika itu berusia 6 bulan.

Setelah itu, Baba dan Mama berusaha keras untuk belajar. Tanpa kami sedari, kini adalah tahun 2017. Maknanya, lebih 6 tahun Baba berkelana tanpa pulang ke Jordan. Baba terlalu sibuk, begitu juga Mama.

Kalian juga tak pernah kenal Jordan. Kasihan kalian. Tapi kali ini, istimewanya Jadoh, Jadih & Amti Hiyam diterbangkan dari Jordan melihat cara hidup kami yang sibuk di Malaysia. Hari raya kali ni, kami semua bersama Jadoh, Jadih & Amti Hiyam.


KLCC


KLCC lagi


Di rumah Atuk & Grandma

Wednesday 21 December 2016

2016

4 permata hati 2016

Sekitar 2016

January
Kakak Fatoom memulakan sesi persekolahan di SRI Al Amin. Sewaktu memulakan sesi persekolahan, beliau masih belum lancar membaca. Kami juga struggle menghadapi sillibus sekolah yang sukar. Maklumlah, zaman kami zaman 3M. Mari membaca, menulis dan mengira. Tapi, bukan untuk zaman Kakak Fatoom. Ya, zamannya, sudah perlu tahu 3M sebelum melangkah ke Tahun 1. Tapi, alhamdulillah Kakak Fatoom survive juga. Dia menghadapi saingan sengit dalam kalangan rakan sekelasnya.

April
Viva voce buat Baba.
Alhamdulillah, tears and joy.

Jun
Cornual pregnancy. Major operation in HTJ.
Kami berhari raya di rumah sendiri.

October
Attending Baba's convo.
Semua anak-anak berada di rumah Grandma. Terima kasih Grandma dan Atuk. Membantu kami. It is the other way round. We should help the elder, instead they helped us so much.

Susahnya nak ambik gambar

November
Hari Takrim
SRI AL Amin. Kakak menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran. Jadi, pihak sekolah memberikan penghargaan bagi sesiapa yang menunjukkan peningkatan prestasi. Alhamdulillah. She is grown up now. I dont know, whether I should cry or laugh. Later...high school, university then time to get married.

Kakak Fatoom and her classmate

December
Jalan-jalan di sekitar Port Dickson dan Kuantan.





Saturday 12 November 2016

Wishlist

East
1.Japan
2.Korea

West
1.NewZealand
2.Turkey

And perform Hajj inSaudi Arabia.

Tuesday 12 July 2016

Terima Kasih Allah

Terima Kasih Allah, Alhamdulillah...

Baba kini bergelar Dr Samer Adnan Bani Awwad.
Graduated from UPM and field of study is Network & Communication System Engineering.

Remember those days, it is not an easy day for all of us.
Terima kasih buat Fatimah yang penyayang, Sarah yang tegas, Sayimaa yang bijak dan Abud yang comel.

Family of
Dr Samer Adnan Bani Awwad & Dr Nurul Halimatul Asmak Ismail
Fatimah, 

Sarah,
Sayimaa &
Abd Alrahman

Kronologi Cornual Pregnancy

Assalamualaikum my precious kiddos,

Hari ini Mama nak cerita kenapa doktor buat pembedahan ke atas Mama. Masih ingatkah kalian selalu berkata perut Mama kena jahit. Waktu ini Kakak 7 tahun, Sarah 6 tahun, Sayimaa 4 tahun dan Abud 7 bulan.

Mei, 2016.
Beberapa haribulan Mei 2016 merupakan hari pertama period Mama. Mama masih ingat waktu itu, Baba berusaha keras menyiapkan soalan peperiksaan akhir untuk 4 subjek di MIU. Setiap kali pulang, pasti Baba stress. Hujung minggu, pasti di UPM. Baba memang seorang yang teliti. Jadi, Mama mengembleng tenaga berjaga mengurus kalian di rumah. Penat. Ya, memang penat. Mohon maaf ya atas kekurangan Mama. Kalian juga kasihan.

Jun, 2016
Mama disahkan mengandung. Badan letih. Tambahan pula awal puasa. Mama masih ingat, waktu itu Mama katakan pada kalian, tidak lama lagi kalian bakal ada adik baru. Sayimaa hanya tercengang tak bersuara. Tak lama selepas itu, dia katakan pada Kakak, kita ada ramai adik-beradik. Perasaan Mama sebenarnya bercampur-baur.

Namun, tidak lama selepas itu, Mama mula mengalami tumpah darah. Tidak banyak. Mama mengambil keputusan untuk pergi melakukan pemeriksaan. Bahagian ini penting.

13 Jun 2016
Dr Ernie melakukan ultrasound ke atas Mama. Kelihatan kantung bayi yang tidak berapa baik. Dia memberi pilihan agar biarlah keguguran berlaku secara normal. Boleh datang kembali seminggu kemudian.

21 Jun 2016
Hasil daripada ultrasound ke 2, Dr berasa hairan, tidak terdapat sebarang kantung bayi pun dalam rahim. Tetapi Mama masih mengalami pendarahan. Dia memberi 3 pilihan, keguguran normal, mengambil misoprotol dan yang ke 3 adalah D&C. Mama pilih untuk mengambil ubat. Namun, hati tidak tenang. Mama memutuskan untuk mengambil ujian darah bagi mengesahkan kehamilan. Lewat petang hampir waktu berbuka. Dr menelefon Mama. Mama perlu ke hospital segera.





23 Jun 2016
Mana mungkin, di saat Baba sibuk. Mama mohon penangguhan. Dr memberi 48 jam agar Mama kembali ke klinik untuk mengambil darah. Ya, selepas 48 jam. Bacaan hcg menunjukkan peningkatan. Dr menjangkakan Mama mengandung luar rahim.

24 Jun 2016
Mama terus dimasukkan bahagian kecemasan seterusnya dirujuk ke bahagian ObGyn Hospital Tuanku Jaafar. Malamnya Mama terus dibedah. Laparatomy. Bimbang sekiranya pecah bakal menggugat nyawa.

25 Jun 2016.
Dr mengesahkan ia adalah cornual pregnancy. Gambar ihsan Google.










Sakitnya Allah yang tahu.
Deritanya Allah yang tahu.

Mengharap ihsan Allah untuk terus hidup agar dapat menjalankan amanah Allah menjaga kalian yang masih kecil.
Mengharap ihsan Allah agar diberikan kesembuhan daripada kesakitan untuk terus berbakti pada keluarga.

Mengharap ihsan Allah agar dapat melihat kalian lagi.
Mengharap ihsan Allah agar diberikan kekuatan untuk bekerja kerana dalam rezeki kita ada rezeki untuk orang lain.



Allahu Ahad

Wednesday 9 December 2015

Mencari Kehidupan Dunia Akhirah

Kita berbuat salah kerana khilaf,
Akal dan pemikiran terbatas,
Moga diberi peluang,
Menebus khilaf

Monday 1 June 2015

Selera makan

Kalau santapan orang arab biasanya terdiri daripada roti dan nasi. Tak hairanlah, negara orang arab disebut sebagai Middle East. Setiap waktu sarapan pagi, tengahari dan makan malam mesti ada roti walaupun ada nasi.

Penerimaan mama...mula-mula kekok, tapi kini dah biasa. Kalau dicerita pada Jadih, kami orang Malaysia makan nasi lemak, nasi goreng dan aneka nasi waktu pagi, beliau pelik. "Boleh ker masuk nasi pagi-pagi ni. Macam tak boleh ditelan tekaknya."

Dalam keluarga kecil kami Arab-Melayu ini, wujud kacukkan dalam makanan. Ada kalanya kami masak masakan Arab. Adakalanya kami masak masakkan Melayu. Ya, mama dah boleh masak nasi Arab. Baba cakap sedap.

Ya, itu selera kami. Selera anak-anak juga bercampur-campur mengikut Arab dan Melayu.
Fatoom gemarkan Mansaf dan roti tapi dalam masa yang sama sambal udang mama dijilatnya sehingga licin.

Selepas makan tengahari, kadang-kadang orang Arab gemarkan kudapan. Kudapan ringkas. Segala jenis kacang yang sedap menjadi ratahan ketika sambil berbual. Hmm, Fatoom dan Sayima merupakan hantu kacang sebaliknya Sarah mungkin ikut selera mama, tak berapa sukakan kacang terutamanya kuaci.

Sarapan pagi kami versi Arab terdiri daripada roti, timun dan tomato, cheese, hummus serta telur goreng. Semuanya wajib, kecuali hummus boleh ditukar dengan kacang foul. Kalau nak tahu hummus tu apa, kisaran kacang kuda beserta dengan sedikit tahini yang dibeli dari kedai arab.
Sekarang, kegemaran mama adalah tomato goreng campur telur. Sedap tau...
Boleh cuba.

Tak tahu lah, mungkin mama lambat buat kerja kot. Penyediaan sarapan pun ambil masa. Jadi kadang-kadang kami makan pukul 9 atau 10 (campur tolak layan Fatoom, Sarah & Sayima). Kenyang, rezeki Allah sampai pukul 3pm. Pukul 2.30 atau 3.00 baru masuk dapur semula masak untuk makan tengahari.

Kalau mak-mak kita mesti dah bising, sebab lewat masak tengahari. Kadang-kadang bukan apa, layan anak itu, anak ini, kerja rumah dah memang lewat. Masa masak untuk tengahari, juga perlu lebih kurang 1 jam. Bautlah, magloobah atau madghoot. Paling kurang nasi putih dan bluhiyyah (sejenis tumbuhan dari Jordan) bersama ayam pangggang.

Bila makan malam pulak, kami biasanya minum teh dan cicah biskut kering sebab dah kenyang dengan makan tengahari yang lewat. Biasanya antara waktu makan, mama bagi buah jer kat Fatoom, Sarah dan Sayimaa.

Tapi ada masanya, masak lemak ikan keli, sambal udang pasti dibuat sebab ikut tekak mama. Alhamdulillah, Baba ok jer. Cuma kalau nak makan ikan asam pedas. Mama kena cari kat kedai. Baba tak suka bau ikan yang direbus. Ikan goreng tak mengapa.

Till then
Mama with love

Mula menulis kembali

Menulis untuk esok Mula sampai di bumi anbia ini pada 10 Februari 2019. Kini, 11 Julai 2020. Mama menyusun rentak menyelami kehidupan di s...